Tambang Bas RapidKL Naik-Utusan Melayu
Ketua Pegawai eksekutif RapidKL, Suffian Baharuddin berkata,struktur tambang baru yang merangkumi empat jenis perkhidmatan tempatan, bandar, utama dan ekspres adalah seperti berikut.
Bagi perkhidmatan bas tempatan tambang sekarang adalah RM1 (tiket sehari berkonsepkan pas harian) tetapi mulai 1 September bayarannya RM1 untuk satu perjalanan.
Bagi perkhidmatan bas bandar tambang sekarang adalah RM2 (tiket sehari berkonsepkan pas harian) tetapi mulai 1 September bayarannya RM1 untuk satu perjalanan.
Bagi perkhidmatan bas utama tambang sekarang adalah RM2 (tiket sehari berkonsepkan pas harian) bagaimanapun mulai 1 September bayarannya adalah mengikut zon iaitu bagi perjalanan yang merentasi satu zon kadarnya RM1 sekali perjalanan; dua zon (RM1.90); tiga zon (RM2.50) dan empat zon (RM3).
Bagi perkhidmatan bas ekspres tambang sekarang adalah RM3 (sehala) dan RM5 (pas harian) tetapi mulai 1 September bayaran yang ditetapkan ialah RM3.80 bagi satu perjalanan.














